
MINGGU STEM SMK BANDAR BARU SINTOK 2025 ????⚙️????
Bidang TVET dan Bidang Sains Matematik Smkbbs dengan bangganya menganjurkan Minggu STEM pada 21- 25 September 2025 sebagai wadah untuk mencetuskan minat, kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik disusun bagi memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.
✨ Matlamat kami jelas — melahirkan generasi yang berfikiran kritis, inovatif serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara melalui bidang STEM.
???? Sama-sama kita memupuk budaya ilmu dan semangat meneroka ilmu baharu. Semoga pelajar Smkbbs terus melangkah jauh sebagai modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
SMKBBS DI HATI
PIBG SMK Bandar Baru Sintok