• Main
  • News

???? Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana SPM 2025

????️ 16 Oktober 2025 (Khamis)
⏰ 6.00 petang – 9.00 malam
???? Masjid Ibnu Sina, Kampung Tradisi

Malam penuh keberkatan di Masjid Ibnu Sina, Kampung Tradisi , menjadi saksi kesungguhan warga Smkbbs bersama-sama ibu bapa dan para pelajar calon SPM 2025 dalam Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat, memohon pertolongan dan keberkatan Allah SWT menjelang peperiksaan besar yang bakal ditempuh.

Pihak Masjid Ibnu Sina, Kampung Tradisi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan menjadikan masjid ini sebagai lokasi program.
Semoga jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan rumah Allah ini terus subur, menjadi sumber keberkatan serta inspirasi kepada semua.

Moga segala usaha dan doa malam ini diberkati Allah SWT, dan dikurniakan kejayaan cemerlang kepada semua calon SPM 2025, bukan hanya di atas kertas peperiksaan, tetapi juga dalam kehidupan yang penuh makna

????????Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami yang bakal menduduki SPM 2025. Jadikanlah mereka pelajar yang tenang hatinya, terang fikirannya, luas ilmunya dan tinggi akhlaknya ????????

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
SMKBBS DI HATI

PIBG SMK Bandar Baru Sintok